//AinulLittleSweet

Memperkenalkan diri!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stalk in my unprivate diary . Be nice here or i call My Superman to kill you!.

Status : Ainul Nabilah is Taken By Mrs . Nuq :3


Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: ShabiellaSabrie

Mengatasi Stress dengan Kaedah ISLAM

Tips bagi mengatasi tekanan perasaan

Tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dengan bijak :
1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.
2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku “Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.
4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.
9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian

Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.

Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.
10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.
11. Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati ‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.
12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
13. Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
14. Menangis dengan sepuas hati
Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
15. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
16. Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.
17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.
18. Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.
20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah
Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang mengkhayalkan tidak akan membantu untuk menghilangkan tekanan,sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih dengannya.
21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar

Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.


Aku Turot Berbahagia Bersamamu
Hmmm....*muka sedih* Lah Bil, kenapa dengan kau ni? Kenapa ni kenapa ni? Aku okay lah :')*fake smile*

      AJAMMM!*menjerit*
  Hmm apa awak nak dari saya sebenarnya? Saya ni siapa eh bagi awak? Patung? Tunggul? Okay haritu kita slow, okay adelah salah faham sikit. Saya tahu awak marah kat saya, dan saya rasa bersalah dgn awak. Saya call then awak text 'nak apa' Ohh lah ade kredit rupanya, ingatkan takde, Ada kredit kenapa tak text? Then tak boleh nak call yee? Ohh k fine. Saya tahu awak tak suka perangai saya yang suka menuduh ni. Ohh yaa, betul saya menuduh? Asal cakap sikit nak cakap saya menuduh. Kalau benda tu tak betul, saya tak cakap. Lagipun daripada pengalaman lama lah saya macam ni, hope faham. Awak cakap awak nak berdiam diri kan? Haa okay, dengan ego aku, aku pun berdiam diri. Sampaikan saya rasa terbiar, saya tahu awak pun sama rasa apa yang saya rasa kan? Kenapa awak tak cari saya? Kenapa tak pujuk saya? Saya harapkan awak mengalah, tapi tah takde pun. K takpe, tunggu lagi..... Kemarin awak online, k saya pun. Saya usya jee awak tweet dengan 'PEMINAT-2' awak tu :'3 K usya jee haha. Setiap masa kot saya saya jadi sweetstalker. Tunggu jelah awak tegur, then tengok awak tweet ' SINGLE OR COUPLE HMMM :'/' Ohh haa mula lah aku yang start dulu, sentap habis dgn ayat tu. Aku ni siapa? Haa mulalah pergaduhan kita di twitter. Jujur saya tak suka bergaduh dekat public, tak suka orang tahu. Tapi tah, terpaksa kot hmm. Saya malu wak, sangat malu........ :') Okayy start pada tu saya slow dengan awak, saya tak cari awak. Yee saya rasa awak faham kenapa. Tapi awak?  Kenapa tak cari saya? Hmmm..... Okay on twitter kemarin. Saya nampak awak pun online. First sekali saya jadi sweetstalker lah kan haha k dah mula hobby aku. Hmm bukan bosybody, cuma ambil berat jee*cewahh* Okay saya tanak tegur awak, saya nak tengok respon awak. Saya tweet apa yang awak rasa. Betapa geramnya saya awak tak perasaan atau buat tak perasaan. K takpe, tunggu lagi. Sampaikan time tu nak stalker awak, tak boleh bukak, kau unfollow aku biyy? Tapi kenapa? Hmm. Tak puas hati ni, check lagi mana lah tahu tadi salah tengok. Tapi berkali bukak, memang tak salah. Dah sah dia unfollow aku :'] Then ade orang mentions, dia tanya aku ni gf ajam ke tak. Err k pelik dengan soalan tu, tibatiba dapat tahu dia tweet yang dia dah single. OHHMYY. SINGLE? Hmm mulalah aku tertanya tanya kenapa dia mengaku single ni kan. Hmm SEE dia buat aku macam patung jee, macam aku ni tak wujud, takde kena mengena dgn kau. Saya tahu awak rasa terabaikan? Rasa macam takde gf kan? Hmm awak jangan ingat awak jee rasa macamtu, saya pun saya. K jujurlah, saya rasa awak jauh sangat dgn saya. Okay saya pun tahu yg kita tak contact macam couple lain. Tah bila lah kan orang tu nak tukar sim, sembang jee lebih :'3 Maybe awak tak kisah kalau tak text semua bagai ni. Awak lelaki sayang, lain. Lagipun awak selalu online, awak boleh layan sesiapa jee awak suka sampai hilang bosan awak sehingga mengabaikan saya dekat sini. Saya perempuan wak, perempuan ni lain. Dia nak kan perhatian dari bf dia, nak ada orang caring, wish selemat pagi, selamat malam, sihat ke tidak, tengah buat apa semua tu, hmm benda remeh je? Yee saya tahu, tapi tah.... Kalau boleh saya nak selalu ade dgn bf saya tau, biarlah sekadar texting jee hmm :'>

  Hmmmm k saya tak tahu nak buat apa dah, saya tengok relay kita tergantung tanpa tali. Saya dah buat keputusan, saya nak pergi. Okay saya cuba memberanaikan diri untuk call awak petang tu. Hmm okay awak answer*dupdapdupdap* Alamak macam mana ni, aku nak start apa ni*dalam hati. Alaaaa bedal jelah :3 First sekali tanya ' NAK SAYA LEPASKAN AWAK? SERONOK TAK SINGLE? DAH TU SAYA NI SIAPA? ' Dia pun hmmm je. Dia tanya capix tak cerita ke dekat saya? Lah cerita apa ni? Okay dia cerita, yang ade orang cuba hancurkan relation kami. Siapa? Hmm siapa lagi, EX dia lah, yang dulu hangat nak bertunang tu-.- Ajam cakap dia main ugut bagai, dia tanak tengok relation kami, nak bunuh diri bagai. Hmm k, aku baru tahu kenapa kau macam ni biyy. Kau cakap kau terpaksa, k fine aku faham. Sorry selama ni fikir bukan-bukan dekat kau. Tapi kenapa awak tak bagitahu saya? Alasan takde kredit. Haa DM boleh? Inbox dekat fb boleh kan? Kalau ade masalah macamni patutnya awak perlu bagitahu, bincang dengan saya, ini tidak. Saya tertanya jugak, kenapa awak ikutkan jee perempuan tu? Kenapa awak takut dgn dia? Kalau awak sayang relay kita, awak pertahankan, awak marah perempuan tu. Ini tak, awak ikut jee, lagi lah perempuan tu fikir awak pun still ade perasaan dekat dia. Cakap jelah awak pun still sayang dia, haa cakap cepat, saya nak dengar ni :')

  Sepanjang malam tu saya terfikir jee pasal ni, saya taktahu nak buat apa lagi. Saya rasa saya patut lepaskan  awak dengan dia. Orang kata kalau kita sayangkan orang, kita kena mengalah. Okay wak, saya mengalah sekarang. Saya try call untuk minta kata putus. Okay pagi tu time dekat sekolah aku call dia, time tu cikgu takde so apa lagi try call dia. Hmmm k bincang pasal ni. Bil tanya dia 'Awak nak pilih saya atau perempuan tu' Awak cakap bagi awak masa. Hmm sampai bila saya nak tunggu ni? Bila saya tanya nak saya lepaskan awak ke tak, awak cakap tanak. Macam-macam saya aku cakap dekat dia, panjang lebar aku bercakap dia diam jee. Eeee geramnyaaaaaa, bila tanya kenapa diam, awak perli saya balik. Kwajaaa-.- Okay saya tahu mulut saya macam mak nenek tak berenti, saya tahu awak berbulu jee nak dengar, tapi nak tanak awak kena dengar :') Tah macam mana kita boleh lari topic then boleh pulak main gelakgelak sampai kredit aku habis -..- Okayy dia call balik, sambung balik. Haha siot jee keding tu, haa marah aku dah hilang kejap. Kejap jee kay, kejap jee ni, siap ahh kau! Malam tu online twitter, stalker dia macam biasalah kan. Terbaca tweet dia dengan si Arra tu, imy bagai, dia panggil kau sayang lah. Hmm apa ni dear? Apa lagi permainan kau ni? Okay terus text dia, marah lah konon, k memang marah pun. Then esoknyaa, ade orang text Bil. Siapa orang tu? Hmm ade lah, sebok jee nak tahu. Orang tu text, 'Bil, jom kita campak ajam dalam lombong timah' Bil pun pelik. Apa ni kan? Then dia cakap Ajam couple dengan Arra tu. What? Apa ni? Couple? Hahaha. Haa aku pun sepantas kilat text dia.
BIL : AWAK DAH BUAT TAIK DENGAN SAYA, TERIMA KASIH.
AJAM : BUAT PENGETAHUAN AWAK, SAYA CUMA NK GAME PEREMPUAN GEMUK TU JE.
BIL : NAK GAME BETINA TU TUNGGU AKU BLA, JANGAN BUAT AKU MACAM BATU KAT SINI AH. KIMAK AH, DAH AH.
AJAM : OKAY, SATU TU MULUT JAGA SIKIT, ERRR!
BIL : AWAK BUAT SAYA MACAM TUNGGUL, HMM TERUSKAN RELAY KORANG, BIAR SAYA PERGI. ASSALAMUALAIKUM.
Okay dia dah senyap, dia tak replay. Aku text lagi, hmm panjang lebar text dia. Haa tetap tak reply jugak, k fine. Kali ni betul-betul aku bla ajam. Saya lepaskan awak sekarang, awak pergi lah.... Pergi dengan siapa jee awak suka. Lepas ni awak nak buat apa awak buat lah. Awak buat jelah k sayang? K nak menangis pun ade hmm. Kenapa dengan EX awak tu awak patut sorok relay kita? Tapi sedangkan awak dengan ARRA tu? Ehh tak takut pulak dengan ugutan EX awak tu? Saya tak faham dengan awak. Awak bagi alasan babi dengan saya. Saya...... Sayaaaa..... Saya menyesal sekarang. Saya menyesal bagi peluang kedua dekat awak.



  Tengok gambar atas tu. Awak ingat lagi tak masa awak melamar saya? Awak melulut depan orang ramai supaya saya terima awak? Awak ingat lagi tak? Hmmm time tu saya punya lah terkejut, terkaku apa yang awak buat. Tak pernah lagi orang melulut sampai macamtu. Dengan dalam kfc pavi tu penuh orang, tapi awak beranikan, tebalkan muka buat macamtu. Jujurlah, saya susah nak terima awak, sebab saya dah kosong dengan awak atas pengalaman kita dulu. Saya takde hati langsung dengan awak. Tapi time tu saya boleh nampak kesungguhan awak nak kan saya, punya lama awak melulut menanti jawapan saya, punya lama. Time tu jugak macam-macam ayat manis awak cakap, macam-macam awak janji dengan saya. Awak janji awak takan sia-siakan saya, takan buat saya marah, sakit hati, awak akan jaga relay kita, awak akan mengalah dengan saya, macam-macam wak, sangat banyak.... Sampaikan saya terima awak. Tapi sekarang apa jadi wak? Mana semua janji manis awak tu? Mana? Hmm Janji tu masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya :') Aku benci kau keding, sangat benci! Hmmm.

gambar firsttime jumpa.

   Okay pagi ni online, tengoktengok dia dah ade girlfriend baru. Semalam baru clash, malam tu dah dapat gf baru? Dasyat betul awak kan? Cepatnyaa awak dapat peganti saya? Cakap jugak awak cuma nak game saya? Cakap ah cepat? Arra mana? Ehh awak ni ada hati tak sayang? Ade hati tak eh? Semua awak nak kan? Ulang suara, saya menyesal bagi peluang kedua dekat awak. Dari situ saya boleh nampak keikhlasan awak, kejujuran awak dekat saya. Saya korbankan hati saya untuk awak, saya try yang terbaik untuk awak.  Orang yang tunggu saya, yang jujur sayangkan saya, yang ikhlas dgn saya, kenapa saya tak nampak? Kenapa saya boleh termakan janji taik awak? Hmm saya bodohhh.... Saya harap saya tak termakan janji palsu awak lagi. Saya mintak maaf selama ni saya buat salah, temaki apa semua tu, saya mintak maaf. Mintak maaf sebab saya selalu cubit tangan keding awak, haha. Awakkk, berubahlah. Jadilah lelaki yang setia :') Saya tak marah dekat awak, saya yang bodoh, saya penat wak. Penat. Dah dua kali awak buat perangai sama. Hope kali ni kali yang terakhir. Awakk, biskut yang awak bagi tu pun belum habis saya makan. Punyalah cepat relation kita ni kan? Maybe takde jodoh, dan maybe ni takdir saya. Saya pasrah. Awak jaga lah diri. Jaga gf baru tu tau? Hope korang kekal, hope bahagia. Aku turut bahagia untukmu :')  Assalamualaikum.

Kenagan terakhir.
 Okay ni adik angkat kesayangan aku yg edit hihi thanks dik :') Kba

Hargai Mereka Sementara Masih Ada......


 

Ahmad baru tamat ijazah sarjana muda dan ditawarkan biasiswa untuk peringkat ijazah (master) di University of Boston. sebelum dia terbang ke negara orang, dia berkahwin dengan seorang wanita dari kursus pengajian yang sama dengannya di peringkat ijazah sarjana muda...

selesai berkahwin, beberapa bulan selepas itu pasangan muda ini terbang ke amerika memulakan hidup baru sebagai suami isteri... tahun 1978, penerbangan terus ke Boston dari Malaysia belum wujud lagi.. bertukar-tukar penerbangan dan akhirnya hampir dua hari kemudian, tibalah mereka di negara asing.

pasangan ini tidak bercadang untuk pulang ke tanah air sehingga tamat pengajian 2 tahun kemudian, si isteri tidak belajar atau bekerja, tetapi sekali-sekala mengambil upah menjaga anak orang kenamaan yang berasal dari benua afrika.

berutus surat antara amerika dan Malaysia jugak tidak dilupa, cuma mereka hanya mampu untuk mengguna pos standard yang mengambil masa dua bulan untuk sepucuk surat tiba..

mereka secara asasnya hidup dengan duit biasiswa dari Malaysia, cukup untuk mereka berdua, malah cukup untuk dikirimkan kepada kedua orang tua di kampung...Ringgit Malaysia Dua Ratus, nilai yang cukup besar di zaman 70-an, dihantar melalui transaksi bank terus dari amerika..

suatu hari pihak bank mengutus surat ke kediaman mereka, kata pihak bank, transaksi bernilai RM200 yang dibuat tidak berjaya sampai ke Malaysia...Ahmad kekeliruan, adakah ada masalah dengan akaunnya, atau masalah dengan akaun orang tuanya di Malaysia...

beberapa minggu kemudian tiba surat dari kampung, bapa sudah meninggal.

ya, sudah dua bulan meninggal...surat di tahun 1979 bukan seperti menghantar SMS antara benua di tahun 2012, cuma memerlukan beberapa saat..

terkesima Ahmad dengan berita, tapi apakan daya, berita kematian sampai terlalu lambat...pengajiannya pun tinggal beberapa bulan saja lagi untuk tamat, elok saja dia tunggu sehingga habis belajar.. akaun bapa di Malaysia sudah ditutup, sebab itu transaksi wang ke Malaysia hari itu gagal..

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

susah nak bayangkan kalau aku yang berada dalam keadaan macam Ahmad, larat ke aku nak terima kenyataan...macam mana la agaknya aku nak kawal diri dan perasaan..

setiap kali aku teringat cerita ni, aku rasa sedih dan aku harap sangat takkan berlaku dekat aku... dan ini cuma satu dari banyak lagi kisah sedih dari kami yang belajar di luar negara.....ada yang ibu bapa meninggal, ada pelajar yang meninggal.. dan setiap kali ada musibah sebegini terjadi, aku akan jadi tergamam untuk seminggu dua...walaupun yang meninggal tu bukan orang yang aku kenal pun..

akhir kata, jangan lupa sayangi ibu bapa anda
Hargai Mereka Sementara Mereka Masih Ada....... 
hek eleh kucing, buat muka sedih pulak kau...

Apa Salahku ?

      Dia orang yang paling aku sayang dan cintai.Dia memberi ku kebahagiaan,kegembiraan di saat hati ku kesedihan.Tapi,kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya sementara.Aku dan dia break disaat aku sangat memerlukannya.Tapi aku tahu dan aku percaya hubungan kami tidak akan kekal selamanya.Banyak kawan-kawan ku berkata,dia tidak pernah lama untuk menjalani sesebuah hubungan.Tapi aku enggan percaya,sebelum aku betul-betul untuk mencubanya.

     Setelah beberapa bulan aku menjalani hubungan dengannya,aku dapati dia seolah-olah mempermainkan perasaanku.Hubungan kami putus,sambung....mcm tali nelon,putus ikat lagik...Apa maknanya semua itu.Adakah dia benar-benar hendak mempermainkan perasaanku,adakah dia hendak mencuba untuk menyakiti hati ku.Apa dosa ku,apa salah ku sehingga dia mempermainkan perasaanku ini.Sedangkan sebelum ini aku tidak pernah kenal siapa dia,tidak pernah tahu siapa dia.Persoalan yang bermain di minda ku sekarang adalah,apa dosa ku terhadapnya,apa salah ku padanya sehingga dia menyakiti dan mempermainkan perasaanku ini.

Mr . Nuq Pleaseee !!
            
       Ya Allah,aku mohon suatu hari kelak aku akan dapat jawapan yang bermain di fikiranku.....
xpe aq keras umpama batu ! tuhan pasti tolong aku !

Hello kitchen peeps !
Hellloww Nabilah blog awak menjadi ke x??? Urmmm ni saye and my kakk bina template nye sendiri semalam bersengkang materr sayer tau tk ??

Hellooo nabilah here ( try )